Connect with us

Oh! Media

Tiba-Tiba Nama Kena Petik, Ini Respon Hafidz Roshdi Tentang Dakwaan Mesej Lucah

Hafidz roshdi mesej lucah ohmedia

Oh! Artis

Tiba-Tiba Nama Kena Petik, Ini Respon Hafidz Roshdi Tentang Dakwaan Mesej Lucah

Tular di media sosial hari ini apabila seorang pelakon lelaki kacak didakwa telah ‘kantoi’ bermesej lucah dengan wanita lain sehinggakan tergamak memadam kesemua foto isterinya di Instagram.

BACA: Pelakon Kacak Berimej ‘Alim’ Kantoi Mesej Lucah Dengan Skandal, Padam Gambar Isteri Di IG

Image 127

Memetik laporan Harian Metro, pelakon lelaki itu mempunyai dua orang anak dan berumur dalam lingkungan 20-an selain merupakan bintang hasil pencarian ‘hero’ suatu ketika dahulu.

IKLAN

Gara-gara ‘klu’ yang diberikan itu, ramai netizen tampil meneka ataupun dengan kata lain ‘memetik’ nama pelakon Hafidz Roshdi sehingga penuh tuduhan itu di ruangan komen Instagram.

BACA: “lmej Dah Bersih Saja Nak Rosakkan” – Nama Hafidz Roshdi Kena Petik Netizen Didakwa Curang 

Image 128

Malah, ada yang berasa kecewa dengan Hafidz berikutan imej baik yang dibawanya selain dikatakan tidak memilih rupa dan pangkat ketika bernikah dengan isterinya dahulu.

Berikutan itu, Hafidz Roshdi sehingga kini belum memberikan penjelasan mengenai isu tersebut namun ada memuat naik foto dia bersama isterinya di Instagram Story dengan latar belakang lagu berjudul ‘Fitnah’.

Image 126

Terdahulu, sumber memaklumkan bahawa pelakon itu ada berbalas mesej lucah dengan wanita lain dan isterinya mengetahui mengenai perkara itu setelah menyemak telefon bimbit si suami.

Namun, disebabkan si isteri tidak bekerja, dia dikatakan hanya memendam sahaja mengenai perkara itu meskipun pelakon itu didakwa telah berkelakuan seperti itu sejak si isteri melahirkan anak pertama lagi.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas