Connect with us

Oh! Media

“Tiba-Tiba Muncul Kereta Peronda Polis” – Pengurus Dedah Farid Kamil Tak Kesampaian Bawa Anak Naik Kereta Baru

farid kamil anak ohmedia

Oh! Artis

“Tiba-Tiba Muncul Kereta Peronda Polis” – Pengurus Dedah Farid Kamil Tak Kesampaian Bawa Anak Naik Kereta Baru

Mungkin ada yang masih tak percaya dengan apa yang terjadi ke atas pelakon Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle yang secara tiba-tiba memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

BACA: Peguam Wakili Diana Danielle Cerita Apa Sebenarnya Berlaku Dengan Farid Kamil

image 177

Farid juga sebelum ini dilaporkan tidak boleh memasuki rumahnya sejak bulan ini. Difahamkan, Farid sendiri berusaha untuk memujuk isterinya itu namun Diana dikatakan tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan permohonan cerai.

IKLAN

Farid Kamil tak sangka turut dihalang bawa keluar anak-anak…

Terbaru, pengurus kepada Farid iaitu Azhari Hamid mendedahkan bahawa Farid bersedih selepas hasratnya untuk membawa anak-anak keluar menaiki kereta baru dibeli untuk kegunaan sekeluarga, tidak kesampaian.

Cuma apabila tidak dibenarkan membawa keluar Muhammad dan Nur Aurora, serta secara tiba-tiba muncul pula kereta peronda polis di pos pengawal rumah mereka, dia terkejut dan sedih. Saya tahu Farid menangis sebab matanya sembab.

Mungkin Farid tidak menyangka dia dihalang berjumpa anak-anak, sedangkan kes dibawa ke mahkamah hanya membabitkan permohonan perceraian.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas