Connect with us

Oh! Media

Terpalit Kontroversi Hingga Tiada Tawaran Berlakon, Mak Wan Latah Alami Kesempitan Hidup

20230120 152611 0000

Oh! Artis

Terpalit Kontroversi Hingga Tiada Tawaran Berlakon, Mak Wan Latah Alami Kesempitan Hidup

Umum mengetahui pelakon veteran, Mak Wan Latah terpalit dengan kontroversi pertengkaran dengan bekas pembantunya hingga dibawa ke mahkamah.

BACA: “Ya, Memang Saya Ada Pukul Dan Tampar Dia” – Bekas Pembantu Peribadi Mengaku ‘Naik Tangan’ Ke Mak Wan Lepas Diludah

Tambahan, kontroversi pelakon itu juga menjadi hangat apabila perkahwinan kali ketiganya hanya dapat bertahan tiga bulan sahaja sebelum dirinya berpisah dengan bekas suami.

IKLAN

Jejaskan karier

Mak Wan juga mengakui bahawa kontroversi yang melanda dirinya itu sedikit sebanyak menjejaskan kariernya hingga tiada lagi sebarang tawaran berlakon diterima.

Hal ini menyebabkan dirinya menghadapi kesempitan hidup dan sering menerima mesej dari pelbagai pihak yang mahu menarik semula barang-barang yang belum dilunaskan hutang.

Kalau ada duit, ia akan digunakan untuk membayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli. Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang. Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar, sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami.

Pelakon itu mendedahkan dirinya terpaksa berjimat cermat susulan perbicaraan mahkamah di Taiping dan bagi menampung kos perubatannya pada masa yang sama.

Dekatkan diri dengan Allah

Mak Wan   Oh Media

Disebabkan dirinya tinggal sendirian, Mak Wan memaklumkan dirinya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keagamaan bagi mengelak dari menghadapi kemurungan.vvvvvvv

Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan.

Pelakon itu juga memohon agar mana-mana pihak produksi sudi memberikan tawaran berlakon kepadanya demi menampung kelangsungan hidup dan kos ubat-ubatan.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas