Connect with us

Oh! Media

Termasuk Malaysia, Konsert Justin Bieber Ditunda Ke 2023

Oh! Artis

Termasuk Malaysia, Konsert Justin Bieber Ditunda Ke 2023

Pihak penganjur konsert bagi penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber, telah mengumumkan siri konsert jelajah dunia bagi penyanyi itu telah ditunda kepada tahun 2023.

ADVERTISEMENT

BACA: Peminat Bersedih! Justin Bieber Batalkan Konsert Justice World Tour

Seperti yang diketahui ramai, Justin Bieber mempunyai masalah kesihatan dan telah menghidap sindrom Ramsay-Hunt. Hal ini membuatkan penyanyi itu terpaksa membatalkan beberapa konsert jelajah dunia sebelum ini.

Pembayaran semula

Bermula pada hari ini sehingga 20 Oktober, pihak penganjur memberi ruang selama 14 hari kepada para peminat sama ada untuk mengekalkan tiket konsert mereka atau mahukan pembayaran semula.

Walaubagaimanapun, pembayaran semula tiket konsert tersebut bukanlah pembayaran penuh. Hanya pembayaran mengikut harga tiket sahaja akan dikembalikan manakala pembayaran bagi caj tiket, pemprosesan dan bank tidak akan dikembalikan.

Pembayaran semula akan mengambil masa selama sebulan, tetapi peminat boleh menghantar e-mel kepada pihak penganjur sekiranya pembayaran tidak dikembalikan sehingga 21 November ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas