Connect with us

Oh! Media

Terkini! Prosiding Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan

hafidz roshdi ohmedia

Oh! Artis

Terkini! Prosiding Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan

Pelakon, Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi sebutan pengesahan lafaz cerainya terhadap isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri pada jam 9.50 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, lafaz cerai luar mahkamah pasangan itu perlu ditangguh dan perlu ditukar ke satu tarikh yang baru.

Menurut peguam kepada Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader bahawa tarikh baru yang diputuskan Mahkamah Syariah Shah Alam itu dibuat selepas Shuhada membuat tuntutan balas terhadap lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat Hafidz ke atasnya.

IKLAN

Kita baru selesai di Mahkamah Syariah Shah Alam tadi berhubung isu lafaz cerai di luar mahkamah.

Mahkamah dah beri satu tarikh perbicaraan yang baru iaitu pada 20 Jun ini. Jadi, kita akan teruskan dengan perbicaraan dan tunggu Mahkamah buat keputusan

Tambah Akberdin lagi, ia susulan Shuhada mendakwa permohonan cerai telah dilakukan lebih awal ke atasnya iaitu pada 22 Januari yang lalu.

Defendan (Shuhada) mendakwa terdapat lafaz cerai luar mahkamah pada 22 Januari walhal permohonan cerai dibuat Hafidz adalah pada 22 Februari.

Jadi kami tak setuju dengan dakwaan defendan berkenaan dengan lafaz cerai pada 22 Januari seperti mana yang telah dinyatakan dalam tuntutan balas.

Jadi Hakim akan dengar kedua-dua permohonan daripada pihak kami dan juga defendan dan akan putuskan keputusannya pada 20 Jun.

Sebelum ini, Shuhada mengesahkan dirinya hamil 10 minggu pada pertengahan April lalu. Walau bagaimanapun, kandungan tak bertahan lama apabila dia memaklumkan telah gugur. Dia dipercayai kehilangan bayi ketiga ketika usia kandungan 14 minggu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas