Connect with us

Oh! Media

‘Terima Kasih Melengkapkan Hidup Saya, Bahagiakan Saya’

Oh! Artis

‘Terima Kasih Melengkapkan Hidup Saya, Bahagiakan Saya’

Jumaat lepas, pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah selamat menimang cahaya mata kedua. Difahamkan bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Prince Court Medical Center sekitar jam 9.15 pagi. Mesti Lara Alana tak sabar nak jumpa adiknya tu kan?

ADVERTISEMENT

BACA: Alami Pedih Ulu Hati Sehingga Lemah, Scha Alyahya Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Berdebar Menunggu Hari

Terbaru, Awal Ashaari meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kerana telah banyak berkorban untuk keluarga. Dia menjadi saksi segala kerja keras si isteri sejak jatuh cinta pandang pertama 16 tahun lalu sehingga dikurniakan dua orang zuriat.

I may not have always said it, but thank you for all the sacrifices you’ve done to keep this family together.

I fell in love with you from the very first time I laid my eyes on you, and fast forward 16 years later we are blessed with 2 beautiful daughters. I’ve seen your struggle and I am forever thankful for that.

Terima Kasih kerana melengkapkan hidup Saya, membahagiakan saya dan menjadikan Saya orang yang lebih baik setiap hari.

I love you sayang, my Queen, my everything @schaalyahya 

14/02/21

Tambah Awal lagi, dia sangat bersyukur dikurniakan isteri seperti Scha Alyahya yang telah melengkapkan hidup dan sentiasa membahagiakannya. Malah, Scha telah menjadikannya insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Terdahulu, Awal berkongsi perasaan teruja berdepan dengan proses kelahiran sekali lagi. Baginya, pengalaman itu sangat magical. Keadaan yang asalnya tenang dengan alunan ayat al-Quran dan bunyi detak jantung tiba-tiba bertukar cemas sehingga lahirlah seorang bayi.

Dia sangat bersyukur kerana diberi peluang menyaksikan keajaiban Allah SWT ini.

Kredit: Awal Ashaari

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas