Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Tepat 12 Malam Baba Wish” – Netizen Sebak Baca Ucapan Hari Jadi Sharnaaz Untuk Noor Nabila

Biarpun sudah berpisah, sikap profesional pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila demi membesarkan anak mereka, Jebat Jayden harus diberi pujian.

BACA: Tiba-Tiba Suruh ‘Get Back’ Dengan Noor Nabila, Sharnaaz Hentam Netizen ‘Busy Body’

IKLAN

Mereka dilihat bekerjasama demi memastikan Jebat Jayden mendapat kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapanya walau tidak tinggal sebumbung.

Malah, mereka dilihat bersama-sama meraikan majlis sambutan hari jadi Jebat yang berlangsung penuh meriah semalam.

Terbaru, netizen meluahkan rasa sebak membaca ucapan hari jadi pelakon tersebut untuk Noor Nabila. Dalam ucapan itu, Sharnaaz berterima kasih kepada Nabila kerana sudah menjadi ibu yang terbaik buat anaknya.

Pelakon drama Isteri Mithali ini turut berterima kasih di atas pendidikan, mainan dan kasih sayang tak berbelah bahagi Nabila buat anaknya, Jebat.

Bersama ucapan itu, Sharnaaz membuat video memuatkan beberapa keping foto Noor Nabila dan Jebat berlatarbelakangkan lagu ‘Terima Kasih Ibu’.

Meninjau di bahagian komen perkongsian itu, ramai yang turut berasa sebak dan mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka bertiga.

Jelas sekali apa yang ditunjukkan mereka boleh dijadikan contoh buat pasangan bercerai yang lain, jangan sebab dendam ibu bapa, anak pula yang jadi mangsa kan.

Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas