Connect with us

Oh! Media

Teka-Teki Lagi! Artis Lelaki & Wanita Popular Pula Dipanggil SPRM

Oh! Artis

Teka-Teki Lagi! Artis Lelaki & Wanita Popular Pula Dipanggil SPRM

Ya, kita masih dalam isu Macau Scam yang masih belum ada penyudahnya. Lagi-lagi bila suspek utama telah lari dengan melompat pagar SPRM baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Terkini, dua orang pelakon dan pengacara terkenal pula dikatakan telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram (Macau Scam) dan aktiviti perjudian atas talian.

SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan. Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan. – Katanya.

Sebelum ini pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu telah dipanggil bagi membantu siasatan dan kini dua orang lagi dipanggil.

Bagaimanapun, masih belum ada sumber yang mendedahkan artis yang dipanggil SPRM kali ini. Korang rasa siapa?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas