Connect with us

Oh! Media

Takut Kena ‘Rembat’ Dengan Mak Punca Lisa Blackpink Tak Berani Kongsi Foto Bikini

Lisa Blackpink 2

Oh! Artis

Takut Kena ‘Rembat’ Dengan Mak Punca Lisa Blackpink Tak Berani Kongsi Foto Bikini

Ahli kumpulan muzik K-pop terkenal, Lisa Blackpink mengakui berasa takut untuk berkongsi foto memakai baju renang (bikini) di media sosial.

Menerusi satu rakaman yang dimuat naik pengguna Twitter, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal mengakui hal itu ketika diwawancara seorang pengacara.

Lisa Blackpink tak berani kongsi foto bikini

Temu bual yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris itu memaparkan Lisa mengaku gemar memakai bikini ke pantai namun dia tak akan berkongsi foto kepada umum.

IKLAN

Saya suka pergi pantai, pakai bikini tapi saya tak kan ‘up’ foto di media sosial. Saya rasa malu dan mak saya pun mungkin akan marah.

Gadis kelahiran Thailand ini berkata, dia berasa malu dan mungkin akan dimarahi ibu jika berbuat demikian.

Lisa blackpink

Meskipun dah berusia 26 tahun dan bekerjaya, Lisa difahamkan masih berada di bawah pengawasan ibunya.

Baguslah macam tu kan? Walaupun berjaya dan popular, perasaan ibu tetap nombor satu.

Kredit: Twitter translatebp

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas