Connect with us

Oh! Media

“Takde Cara Lain, Kena Paksa” – Neelofa Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah Dalam Agama

Oh! Artis

“Takde Cara Lain, Kena Paksa” – Neelofa Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah Dalam Agama

Siapa tak kenal dengan selebriti bernama Neelofa yang kini dilihat sering melibatkan diri dalam majlis ilmu bagi memantapkan lagi proses penghijrahannya ke arah kebaikan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dialah Yang Tolong..” – Penampilan Neelofa Dapat ‘Approval’ Suami

Kisah penghijraan bekas pengacara Meletop itu bahkan menjadi inspirasi ramai wanita di luar sana yang juga dalam proses untuk berubah menjadi lebih baik.

Neelofa akui sukar untuk istiqamah tetapi kena selalu paksa diri

Terbaru, selebriti berusia 33 tahun itu menjawab soalan mengenai topik istiqamah ketika menghadiri Festival Sunnah 2022 di Kedah.

@inr._____ #festivalsunnah #fyp #xyzbca #neelofa #istiqomah #festivalsunnah2022 #fypシ #neelofaharis ♬ original sound – irshanorsalwani – Ir’s🫶🏻

Neelofa mengakui bahawa untuk seseorang itu kekal istiqamah merupakan satu perkara yang sangat sukar namun cara yang digunakannya untuk kekal istiqamah adalah dengan melalui paksaan.

Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah adalah paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.

Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati.

Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Neelofa itu serta menjadikan kata-katanya sebagai inspirasi untuk berubah.

Untuk info, Neelofa membuat keputusan untuk mengenakan niqab dalam usaha untuk memperbaiki kehidupan sehariannya.

Kredit: TikTok Inr

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas