Connect with us

Oh! Media

“Tak Takut Masuk Hospital Lagi Ke?”, Nad Zainal Ambil ‘Supplement’ Kurus Buat Netizen Risau

Nad zainal ohmedia

Oh! Artis

“Tak Takut Masuk Hospital Lagi Ke?”, Nad Zainal Ambil ‘Supplement’ Kurus Buat Netizen Risau

Seperti yang ramai ketahui, aktres jelita iaitu Nad Zainal sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan akibat pendarahan pada bahagian paru-paru.

Walaupun pelakon berusia 32 tahun itu kini sudah kembali pulih semula dan berada di dalam keadaan baik, namun ramai peminat yang masih prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Lebih-lebih lagi apabila Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

IKLAN
012bb9d5 f54d 4fc1 903f 499ee0586b9f

Menerusi video tersebut, pelakon Cina Buta itu dilihat mempromosikan makanan tambahan atau supplement untuk menurunkan berat badan.

Namun, perkongsian Nad itu telah mengundang rasa bimbang orang ramai memandangkan dia baru sahaja sembuh dari penyakitnya.

Bukan itu sahaja, netizen turut risau sekiranya makanan tambahan itu boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap kesihatannya.

Malah, mereka juga bimbang jika penyakitnya itu kembali menyerang semula dan meminta pelakon itu untuk berhati-hati dalam mengambil apa-apa suplemen.

Kredit: Instagram Nad Zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas