Oh! Artis
“Tak Tahu Pula Bila Bapak Tahu Anak Dipukul Kena Diam Diri..” – Uqasha Senrose Pertahan Bapa
Uqasha Senrose menjawab mengapa dia tidak tampil membuat laporan polis sebelum ini.
Bapa kepada pelakon Uqasha Senrose, Nik Sen ketika ditemubual program Melodi memohon Kamal Adli segera menceraikan anaknya itu.
Nik Sen berkata, Kamal perlu bertindak seperti seorang jantan sebenar apabila isteri sudah tidak mahu lagi meneruskan perkahwinan.
BACA: “Kalau Kau Jantan, Kau Lepaskanlah!” – Bapa Uqasha Bengang, Desak Kamal Adli Ceraikan Anak
Malah, dia tak sanggup melihat anaknya didera secara mental dan fizikal jika berterusan hidup dalam rumahtangga itu.
Uqasha nak tutup sebab tak nak keluarga marah
Terbaru, Uqasha menerusi hantaran di Threads mempersoalkan adakah bapanya perlu berdiam diri apabila tahu anak dipukul.

Dalam hantaran tersebut, Uqasha mendakwa dirinya mengalami penderaan bukan sahaja ketika mengandung, malah selepas melahirkan dan hanya dua minggu dalam tempoh berpantang.
Uqasha juga mengakui dirinya bodoh apabila sanggup menutup perkara itu hanya kerana tidak mahu keluarganya marah.
Jawab kenapa tak buat laporan polis
Selebriti ini juga menjawab pertanyaan ramai kenapa dia tidak membuat laporan polis.
Orang boleh question kenapa tak buat report polis? I dengan dia orang kenal tak? Sigggghhhh
Kenyataan itu seolah-olah menunjukkan bahawa proses membuat laporan tidak semudah yang digambarkan, terutama apabila melibatkan hubungan rapat, keluarga dan tekanan emosi yang berat.
Dengan dua pendedahan terbaharu ini, semakin ramai mula memahami mengapa keluarga Uqasha, terutamanya bapanya, tampil mempertahankannya sebelum ini.
Ramai netizen menyuarakan rasa simpati dan meminta Uqasha terus mencari jalan yang selamat untuk dirinya serta anak.
Pssttt! Pendedahan Uqasha memberi gambaran betapa sukarnya mangsa untuk bersuara, apatah lagi membuat laporan ketika jiwa dan mental masih lemah. Semoga selepas ini, Uqasha mendapat perlindungan dan kekuatan untuk memilih jalan terbaik buat dirinya dan anak.
Kredit: Threads Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM