Pelakon, Norman Hakim menyangkal dakwaan bekas isteri kononnya dia lepas tangan berkenaan isu kontroversi melibatkan anak perempuan mereka, Marissa Dania.
Menerusi ruangan komen hantaran terbaru Abby Abadi, Norman meminta bekas isterinya itu bertenang dan banyakkan istigfar.
Katanya, menulis di media sosial hanya akan menimbulkan lebih banyak salah faham mengenai apa yang terjadi.
Pelakon ini mengajak Abby Abadi berbincang dengan lebih lanjut selepas berbuka puasa sama-sama nanti. Pesannya lagi, tak semua perkara perlu dikongsikan untuk bacaan seluruh masyarakat.
Terdahulu, Abby berkongsi momen berbuka puasa bersama keluarga besarnya pada Ramadan keempat. Difahamkan, Marissa pada awalnya memang merancang untuk berbuka bersama Norman dan Memey.
Dia berbesar hati jika Marissa sudi ke rumahnya memandangkan anak perempuannya itu menjauhkan diri daripadanya.
Pada malam itu juga, Abby dan Norman bersama Marissa berbincang mengenai isu yang tak berkesudahan. Namun jawapan yang diberikan Norman membuatkan Abby Abadi ralat.