Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Tak Mendatangkan Kudis Kepada Saya” – Ifa Raziah Kalis Kecaman

Program hiburan terbaru terbitan TV3, Terpaling Juara menampilkan penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah sebagai salah seorang peserta.

Program ini bakal menyaksikan beberapa orang penyanyi legenda dibimbing pemenang AJL iaitu Akim Ahmad, Hael dan Naim Daniel berentap dengan bintang baharu untuk memenangi gelaran Terpaling Juara.

IKLAN

BACA: “Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah

Memetik laporan Berita Harian, Ifa menyifatkan dirinya sudah sebati dengan kritikan daripada netizen. Malah, sebelum menyertai rancangan itu, dia sudah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Saya kalis kecaman. Kalau tidak, tiadalah saya di sini (dunia hiburan) selama 27 tahun.

Kecaman tidak mendatangkan kudis kepada saya. Sebenarnya, kecaman itu bagus untuk diri saya agar berpijak di bumi nyata.

Kata penyanyi ini lagi, segala kecaman daripada orang ramai harus didengari untuk memperbaiki diri. Menerusi kecaman itulah, dia dapat tahu kelemahan diri.

Jadi, kita boleh betulkan diri kita. Saya ambil kira kecaman atau teguran diberi.

Mengenai isunya bergelek di majlis aqiqah baru-baru ini, Ifa berkata itu adalah caranya cari makan dan dia sebenarnya membuat persembahan selepas selesai majlis itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas