Connect with us

Oh! Artis

“Tak Mahu Ayden Jadi Keliru” – Bella Astillah Nafi Putus Silaturahim, Ada Sebab Tak Berhubung Dengan Keluarga Aliff Aziz

Setelah bercerai talak satu pada Jun lalu, difahamkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak lagi benarkan mahupun berhubung dengan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz.

Menerusi laporan mStar, Bella menjelaskan bahawa dia bertindak sebegitu kerana mempunyai sebab tersendiri dan keluarga Aliff Aziz sedia maklum tentang perkara itu.

IKLAN

Walau bagaimanapun, dia tak berniat untuk memutuskan silaturahim antara anak-anak dan keluarga di sana.

Buat masa ini nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing, banyak benda perlu lalui terutama apa yang ibu dan bapa saya rasa.

Ia makan masa tapi slowly but surely, cuma bukan dalam masa terdekat.

Risau dengan apa yang akan diperkatakan oleh keluarga Aliff

Bella turut menyatakan salah satu insiden yang membuatkannya bertindak seperti ini kerana tidak mahu kejadian ketika membuat panggilan video ketika Aidilfitri berulang lagi.

Saya bukan nak larang cuma tak mahu Ayden jadi keliru.

Pernah masa hari raya Aidilfitri ada buat panggilan secara video bersama pihak sana tapi mereka kasihan lihat wajah Ayden seperti tertekan dan risau, mesti dia risaukan daddy dia.

Sebenarnya tak pun, jadi ayat-ayat macam itu buatkan anak-anak keliru.. Semenjak kejadian tu saya memang tapis.

Mengulas lanjut, pelakon itu juga mengatakan bahawa sejak bercerai, keluarga Aliff juga tidak menghubunginya untuk bertanya tentang anak-anaknya.

Terdahulu, ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza pernah meluahkan rasa rindu kepada dua cucunya melalui hantaran di media sosial.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas