Connect with us

Oh! Media

‘Tak Jadi Kudis Pun’ – Dipersenda Di Twitter, Norlia Ghani Tak Mahu Ambil ‘Port’

Norlia Ghani Feature Baru

Oh! Artis

‘Tak Jadi Kudis Pun’ – Dipersenda Di Twitter, Norlia Ghani Tak Mahu Ambil ‘Port’

Nama pelakon veteran, Norlia Ghani tiba-tiba trending di Twitter selepas seorang individu dikatakan menyindir pelakon itu ketika memuji kecantikan Kavitha Sidhu.

Menerusi tweet rawak itu, individu tersebut difahamkan membandingkan kejelitaan Kavitha yang sudah berusia 49 tahun dengan wanita 30 tahun tetapi memiliki wajah seperti Norlia Ghani.

012f7d0b aad1 46e3 b423 be54a490a9e8

Hal ini telah membangkitkan kemarahan orang ramai seolah-olah individu tersebut tidak menghormati pelakon yang sudah berusia.

IKLAN

Malah, mereka menganggap Norlia Ghani mempunyai tempatnya sendiri di dunia hiburan.

Norlia

Menerusi laporan Berita Harian, Norlia Ghani yang lebih mesra dipanggil mama walau bagaimanapun tidak mahu mengambil kisah perkara tersebut.

Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.

Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’.

Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19.

Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior.

Jelasnya, dia mendapat tahu nama trending di Twitter menerusi cucunya. Dia sendiri tidak menyangka viral di media sosial pada usia sebegini.

Kredit: Twitter , Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas