Connect with us

Oh! Media

“Tak Gerunkah Kalian Pada Allah?” – PU Syed Sound Padu Ameera Khan Dan Jefri Nichol

pu syed

Oh! Artis

“Tak Gerunkah Kalian Pada Allah?” – PU Syed Sound Padu Ameera Khan Dan Jefri Nichol

Pasangan yang tengah hangat bercinta, Ameera Khan dan pelakon Indonesia Jefri Nichol kini jadi perhatian ramai lepas mereka selalu sangat kongsi video mesra dekat Instagram. Jefri sering dilihat meriba dan mencium pipi adik kepada selebriti terkenal, Neelofa.

Tindakan tersebut telah mencetuskan teguran terbuka dari penceramah bebas, PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43.

IKLAN

“Kalian berdua ini beragama Islam kan? Tak gerunkah kalian kepada Allah?”- PU Syed.

PU Syed persoalkan di mana letaknya didikan agama mereka dan bagaimana perbuatan sebegitu dilakukan tanpa rasa malu. Teguran PU Syed kali ini cukup pedas, menyentuh soal maruah keluarga dan juga agama.

Tiadakah didikan agama yang kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yang kalian lakukan? Maruah ibu dan ayah serta keluarga kalian campakkan ke mana?

Lebih-lebih lagi maruah agama Islam yang menitik beratkan tentang pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram!

“Kalau dah cinta, nikahlah” – PU Syed pesan Ameera Khan…

PU Syed juga ajak pasangan ini untuk hentikan perbuatan yang terang-terangan berdosa, dan ingat bahawa cinta bukan tiket untuk langgar batas agama.

Adakah alasan cinta atau adakah disebabkan kalian ini kononnya public figure, justeru membenarkan segala yang ditegah agama itu sewenang-wenangnya boleh dilakukan oleh kalian?

Perbuatan ini boleh jadi halal jika kalian bernikah. Selepas itu, nak buat apa pun silakan selagi dibenarkan syarak, jangan asyik pergi sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah.

Pssttt! Teguran PU Syed ni bukan semata-mata untuk Ameera dan Jefri je, tapi satu peringatan buat semua kita. Public figure atau tidak, batas agama tetap kena jaga. Kalau sayang, halal-kan. Kalau belum bersedia, jagalah adab dan maruah. Jangan normalisasikan perkara yang dilarang dalam Islam atas nama cinta.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas