Connect with us

Oh! Media

Rashidi Ishak Fazura

Oh! Artis

”Tak Dinafikan Suara Fazura Sedap” – Rashidi Ishak Tegaskan Latihan Vokal Penting Untuk Elak Masalah ‘Pitching’

Sebelum ini, pelakon terkenal iaitu Rashidi Ishak ada memberi pandangan mengenai nyanyian aktres dan penyanyi, Nur Fazura telah mengundang kritikan netizen.

Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, Rashidi tampil bersuara mengenai perkara itu ketika ditemui pihak media.

IKLAN

Tak dinafikan suara Fazura memang sedap sebagai penyanyi pop, cuma dalam klip yang tular, nyanyian dia jelas sedikit lari (pitching).

Rashidi Ishak kata latihan vokal penting

rashidi ishak

Rashidi turut menegaskan bahawa latihan vokal amat penting terutamanya bagi penyanyi yang sering membuat persembahan secara langsung.

Fazura mungkin kurang pengalaman menyanyi secara live. Penyanyi yang hebat pun perlu berlatih berjam-jam setiap hari. Semua ini memerlukan proses pembelajaran.

Katanya lagi, masalah pitching ini biasanya jarang akan berlaku kepada penyanyi yang aktif membuat latihan dan kerap tampil di pentas.

Fazura bawa nama Malaysia ke Indonesia

fazura

Bukan tu jer, Rashidi juga memuji pencapaian Fazura yang berjaya mengadakan persembahan di Indonesia. 

Menurutnya, peluang sebegitu tidak mudah diperoleh dan wajar dijadikan inspirasi.

Fazura secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke luar negara. Itu satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Beliau turut mengingatkan bahawa niatnya hanya untuk berkongsi pandangan untuk meluahkan pendapat di platform masing-masing secara bebas sama seperti pengguna media sosial lain.

Rashidi Ishak cadang Fazura dapatkan guru vokal

Sebelum ini, Rashidi pernah menulis di platform Threads yang menasihatkan pengurus Fazura agar mencari guru vokal yang boleh membantu memperbaiki kelemahan aktres itu.

Menurutnya, Fazura memiliki potensi besar untuk menjadi penyanyi yang lebih baik jika diberi bimbingan yang betul.

#OhmediaNasihat

Semua orang ada kelemahan, tapi kritikan membina mampu membawa perubahan positif jika diterima dengan hati terbuka. Dalam industri hiburan, usaha dan latihan adalah kunci untuk berjaya.

Kita juga boleh jadikan ini sebagai pengajaran – terus belajar, tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Seperti kata Rashidi, bakat perlu digilap untuk mencapai tahap yang lebih baik!

Rashidi Ishak Fazura

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas