Oh! Artis
“Tak Boleh Hidup Tanpa Awak, Jefri Nichol” – Ameera Khan
Pempengaruh terkenal, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian selepas meluahkan kata-kata romantis terhadap aktor kacak Indonesia, Jefri Nichol.
Dalam hantaran tersebut, Ameera, atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, berkongsi gambar mesranya bersama Jefri Nichol sambil meluahkan rasa cinta yang mendalam.
Tak boleh hidup tanpa awak juga, Jefri Nichol”- Tulisnya.
Hubungan Ameera dan Jefri nampaknya semakin rapat selepas kedua-duanya menyambut ulang tahun kelahiran Jefri bersama pada 15 Januari lalu.

Bukan itu sahaja, Ameera turut mengesahkan hubungan mereka mendapat restu keluarga dan berharap ia akan berkekalan.
“Tak kisah Jefri seorang playboy!”- Ameera Khan.

Ketika sesi siaran langsung di TikTok, Ameera pernah membuat kenyataan berani apabila berkata dia tidak kisah jika Jefri seorang playboy. Baginya, populariti dan rupa paras Jefri yang menarik membuatkan perkara itu difahami.
BACA: “Belum Halal Dah Pegang-Pegang” – Ameera Khan Dan Jefri Nichol Mesra Hadiri Acara Bersama
Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, tetapi Ameera kelihatan tenang dengan pendiriannya. Hubungan pasangan ini jelas menjadi perhatian, terutama dengan cara mereka saling menyokong satu sama lain.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM