Connect with us

Oh! Media

Tak Boleh Duduk Diam! Amber Heard Nak Terbitkan Buku ‘Balas Dendam’ Yang Rungkai Kebenaran

amber heard

Oh! Artis

Tak Boleh Duduk Diam! Amber Heard Nak Terbitkan Buku ‘Balas Dendam’ Yang Rungkai Kebenaran

Selepas kalah dengan bekas suami, Amber Heard nampaknya masih tidak boleh duduk diam dan tetap mengatakan dia betul. Ini apabila dia bercadang untuk mendedahkan kebenaran di dalam sebuah buku yang disifatkan sebagai cara ‘balas dendam’.

ADVERTISEMENT

BACA: Amber Heard Berdepan Risiko Kemusnahan Kerjaya Di Hollywood Dan Muflis Kata Pakar AS

Buku itu juga dikatakan akan berkisarkan biografi diri dan perbicaraannya setelah tewas dalam tuntutan fitnah bekas suami, Johnny Depp.

Amber dilihat mengambil jalan ini selepas gagal membuktikan kebenaran yang didakwanya di mahkamah. Disebabkan itu, dalam buku ni nanti akan didedahkan segala kebenaran dan butiran yang menunjukkan dirinya sebagai mangsa penderaan rumah tangga.

Dia juga nampaknya tidak kisah dan bersedia dengan apa sahaja tanggapan orang selepas mengeluarkan buku ini.

Dalam pada itu, seorang pengarang buku, Dror Bikel memberikan amaran kepada Amber yang dia boleh dikenakan saman fitnah lagi jika mengeluarkan terbitan buku itu. Oleh itu, dia perlu berhati-hati dengan setiap bait penulisan agar tidak dikenakan tindakan.

Lebih-lebih lagi penyokong Johnny Depp dilihat lebih ramai berbanding Amber. Jadi, sudah tentu pengeluaran buku ini nanti tidak akan memberi kesan seperti yang dibayangkan Amber.

Kredit: New York Post

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas