Connect with us

Oh! Media

Tak Beritahu Masuk GV, Upiak Isil Akui Dah 2 Bulan Tak Bertegur Dengan Keluarga

Oh! Artis

Tak Beritahu Masuk GV, Upiak Isil Akui Dah 2 Bulan Tak Bertegur Dengan Keluarga

Sejak program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ke-8 rasmi membuka tirai semalam, kesemua 13 peserta telah memberikan persembahan yang menarik serta mendapat markah yang memuaskan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Macam Tengok Konsert Senario” – Persembahan Apek Dan Yassin Terima Pujian Ramai

Salah satu yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran penyanyi dari Indonesia, Upiak Isil yang tampil membawa lagu miliknya berjudul Tak Tun Tuang dan berjaya mendapat markah sebanyak 59.30%.

Namanya mula dikenali sejak tahun 2017 apabila lagu Tak Tun Tuang telah mencipta fonomena baharu di negaranya termasuklah di Malaysia sehingga acap kali disiarkan pada kaca televisyen serta radio.

Upiak akui sedih dengan komen negatif netizen

Mengulas lanjut mengenai persembahannya pada minggu pertama GV8, Upiak mengakui berasa kecewa dengan komen segelintir netizen yang bersifat negatif di laman Instagramnya.

Menurutnya, netizen bukanlah penentu segala rezeki serta perjalanan hidup seseorang penyanyi, malah hanya tuhan yang layak menentukannya.

Selain itu, dia juga pernah mendapat nasihat daripada pelbagai pihak supaya kekal kuat dari segi fizikal dan mental apabila sudah memasuki bidang seni.

Kenapa ada mereka yang sanggup komen orang sebegitu, umpama ingin menjadi tuhan dalam hidup saya? Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang aturkan.

Kalau tak kuat mental tak payah baca. Tapi, saya di Malaysia ketika ini belajar buat tidak peduli saja. Apapun kita buat, tetap ada salah dimata mereka yang tidak suka. 

Namun, dirinya juga mengakui tidak akan membaca komen negatif tersebut kerana dia adalah seorang yang terlalu berfikir akan perkara itu sehingga mampu ‘mengaburkan’ keyakinan dirinya.

Bagaimanapun, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda akan tetap bersikap rendah diri serta ‘berjanji’ akan membuktikan kemampuan dalam GV8.

Dua bulan tidak bertegur dengan ahli keluarga

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu turut mendedahkan bahawa dirinya sudah dua bulan tidak bertegur dengan ahli keluarga di Indonesia.

Lebih mengejutkan, penyertaannya dalam GV8 juga tidak dimaklumkannya oleh kerana dirinya lebih selesa berdiam diri dan memikirkan apa yang diinginkan dalam kehidupan.

Saya sebenarnya dah dua bulan tidak bercakap dengan keluarga. Ini kerana saya seorang yang suka berfikir dan tiada apa-apa masalah pun dengan mereka kerana lebih selesa berdiam.

Kalau saya nak tenang memang kena asingkan diri dan suka macam itu serta boleh menyiapkan lagu. Apapun, saya tahu keluarga pasti selalu doakan yang terbaik.

Meskipun begitu, dia menafikan spekulasi sedang ‘benagar lidah’ dengan keluarga selain sering menghubungi adiknya serta mengirimkan wang belanja kepada emaknya.

Kredit: Harian Metro I Instagram Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas