Connect with us

Oh! Media

“Syurga Bukan Percuma” – Linda Rafar Tolak Tawaran Tinggi Untuk Buka Tudung

Oh! Artis

“Syurga Bukan Percuma” – Linda Rafar Tolak Tawaran Tinggi Untuk Buka Tudung

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar mendedahkan bahawa meskipun sudah lama berhijab, dia masih lagi menerima tawaran berlakon serta mempromosikan produk yang memerlukannya untuk membuka tudung.

ADVERTISEMENT

BACA: Mia Sara Dedah 90 Peratus Syarikat Yang Minta Buka Tudung Adalah Produksi Muslim

Penyanyi yang popular dengan lagu Hak Milik Kekal itu turut mendedahkan bahawa tawaran yang diberikan begitu menguji dirinya kerana menawarkan bayaran yang cukup lumayan, namun semuanya rela dilepaskan kerana tidak mahu dikatakan mempermainkan tuntutan agama.

Banyak sebenarnya. Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung.

Saya juga pernah diminta penggiat industri supaya membuka tudung untuk menaikkan semula nama kerana mereka yakin lebih banyak tawaran akan diterima namun saya anggap ia sebagai ujian yang perlu dihadapi wanita berhijab yang berkecimpung dalam industri hiburan.

Tambah Linda lagi, tawaran lumayan itu pasti akan membuatkan ramai pihak menjadi gelap mata dan rela untuk melepaskan hijab.

Memang sukar dan ada kalanya hampir membuatkan kita terpengaruh serta terfikir untuk melakukannya kerana ramai pelakon yang menerima tawaran bertali arus selepas menanggalkan hijab.

Syurga bukan percuma. Kalau saya pilih jalan sebaliknya, maka sia-sia segala usaha saya ke arah syurga Allah. 

Jadi, saya sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah agar ditetapkan pada jalan yang telah saya pilih ini.

Dalam pada itu, Linda juga mengakui bahawa dia mampu untuk terus kekal istiqamah dengan adanya sokongan daripada keluarga dan orang tersayang.

Saya sentiasa pastikan diri mendekati alim ulama seperti Ustaz Wadi Anuar dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani. Mereka mengingatkan saya agar lepaskan dunia dan terus kejar akhirat.

Keluarga pula mewujudkan kumpulan WhatsApp bagi membolehkan kami berkongsi tentang ilmu gama. Ia sangat membantu untuk mengingatkan dan memberi kesedaran kerana kita manusia biasa, tidak lepas daripada berbuat dosa.

Baguslah kalau begitu, gembira kami mendengarnya. Semoga Linda Rafar terus istiqamah dalam berhijab ya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas