Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Minta Pulangkan Harta Selepas Cerai, Ira Kazar Enggan Setuju

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

Syamsul Yusof Minta Pulangkan Harta Selepas Cerai, Ira Kazar Enggan Setuju

Bekas isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar, mendedahkan bahawa Syamsul telah meminta memulangkan beberapa harta yang diberikannya selepas mereka bercerai pada 5 September lalu.

Perkara ini disahkan oleh peguam syarie, Mohammad Fadhil Abdul Razak, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Ya, pihak sana (Syamsul) ada meminta beberapa tuntutan semula ke atas anak guam saya, tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara itu berlaku semasa perkahwinan.- Kata Fadhil. Menurutnya, dari segi hukum syarak, harta yang sudah diberikan tidak perlu dipulangkan.

Bagaimanapun, pihaknya telah memberikan beberapa cadangan untuk menyelesaikan perkara tersebut, namun tiada kata putus dari kedua-dua pihak setakat ini.

IKLAN

Bila ditanya mengenai reaksi Ira, dia memilih untuk tidak memberikan komen.

Saya tidak mahu komen. Kita hadap saja. Saya takut nanti saya cakap, orang akan salah tafsir.- Kata Ira ringkas.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas