Connect with us

Oh! Media

Sufian Suhaimi Tak Kisah Video Kontroversi Ebit Lew

sufian

Oh! Artis

Sufian Suhaimi Tak Kisah Video Kontroversi Ebit Lew

Sedia maklum, sejak beberapa bulan yang lalu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering kali dihujani dengan kontroversi, namun itu tidak menghalang penyanyi, Sufian Suhaimi untuk melayan baik inisiatif pendakwah itu untuk bertemu dengannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Rakam Keterangan Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew

Menurut penyanyi lagu Cinta Tak Bertepi itu, dia tidak mengambil pusing tentang isu-isu yang berlaku, sebaliknya hanya fokus dengan apa yang ingin diberikan oleh Ebit.

Kita tak sempurna. Bila dia ajak buat kebaikan, takkan nak jadikan kesalahan dia sebagai alasan untuk saya tidak buat baik?

Penyanyi berusia 29 tahun itu mengulas video pertemuan dengan Ustaz Ebit Lew yang dimuat naik oleh pendakwah itu sendiri di Instagramnya dan menurut Sufian pertemuan itu tiada perancangan khusus cuma perbincangan tentang hal-hal berkaitan dengan agama sahaja.

Sufian Suhaimi

Dalam pada itu, dia turut berkata mempelajari ilmu agama ketika musim pandemik ini juga memberi manfaat kepada dirinya kerana tidak terlalu sibuk dengan urusan nyanyian dan turut melihat proses mendalami agama merupakan satu proses berpanjangan.

Semoga dipermudahkan buat Sufian.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas