Connect with us

Oh! Media

Sudah Berminggu, Netizen Kecewa Siasatan Majlis Nikah Neelofa Langgar SOP Masih Berjalan

Oh! Artis

Sudah Berminggu, Netizen Kecewa Siasatan Majlis Nikah Neelofa Langgar SOP Masih Berjalan

Selepas beberapa minggu berlalu, pastinya ramai yang tertanya-tanya mengenai kemas kini kes Neelofa dan Pu Riz yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa majlis pernikahan mereka.

BACA: Polis Cadang Neelofa & PU Riz Dikompaun?

Menurut laporan Astro Awani, kata Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kes tersebut bakal diselesaikan selepas melengkapkan beberapa maklumat di dalam kertas siasatan sebelum menghantarnya semula.

IKLAN

Difahamkan bahawa pihak mereka telah menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum ini.

“Kita telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara dan ada beberapa arahan perlu kita ambil. Kita akan lengkapkannya dan hantar semula ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu hadapan.”

Neelofa Rentas Negeri

Selepas berita itu sampai ke pengetahuan umum, rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan proses siasatan yang memakan masa yang lama itu. Bahkan ramai yang mengungkit layanan ‘dua darjat’ di antara golongan selebriti dan rakyat biasa berkaitan isu ini.

Neelofa Rentas Negeri Neelofa Rentas Negeri Neelofa Rentas Negeri Neelofa Rentas Negeri Neelofa Rentas Negeri Neelofa Rentas Negeri

Kebanyakan juga sepertinya penat dengan perbezaan layanan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa dan berharap agar siasatan yang lebih telus dilakukan tanpa mengira latar belakang individu berkenaan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas