Oh! Artis
“Tak Ada Orang Bagitahu Dia Ke?” – Nyanyi Lagu Raya Secara Live, Fazura Dikecam Sumbang
Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas menyanyikan lagu raya baharunya bertajuk, Raya Pum Pang.
BACA: “Paling Sedap Didengar Tahun Ini” – Lagu Raya Fazura Dan Syasya Rizal Raih Pujian Netizen
Difahamkan, lagu itu dinyanyikan ketika Fazura sedang bersiaran langsung di TikTok dan diviralkan semula oleh akaun rasmi @fazura.officialstore.
Dalam video itu, Fazura kelihatan ceria menyanyikan bahagian korus lagu sambil menari mengikut rentak muzik.
Nyanyian Fazura dapat pelbagai reaksi
Walaupun nyanyian dilakukan secara santai dan bersahaja, ia tetap mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang terhibur dengan kecomelan serta semangat Fazura menyanyikan lagu raya itu, namun tidak kurang juga yang mengkritik tahap vokalnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan bahawa Fazura sepatutnya lebih fokus kepada bidang lakonan berbanding nyanyian.
Netizen minta fokus lakonan dan berniaga je
Ada juga yang menyarankan agar pelakon filem Pisau Cukur ini mengambil kelas vokal jika mahu serius dalam bidang muzik.

Namun begitu, masih ada yang mempertahankan Fazura memuji usahanya dalam mengambil peluang untuk berkarya di pelbagai cabang industri hiburan.
Malah, ada yang berpendapat bahawa Fazura berhak mencuba sesuatu yang baharu selagi ianya tidak memudaratkan sesiapa.
