Connect with us

Oh! Media

“Suami Membimbing Isteri” – Umisya Tegur Aslam

Ohmedia umisya Mazlan

Oh! Artis

“Suami Membimbing Isteri” – Umisya Tegur Aslam

Umisya Mazlan ditegur lembut suami di TikTok, tapi cara dia balas buat ramai netizen kagum dengan nasihat berhemah.

Gelagat pasangan personaliti media sosial, Umisya Mazlan dan suaminya Aslam, mencuri perhatian netizen bila Umisya secara spontan menegur cara suaminya bercakap dalam siaran langsung TikTok mereka. Kejadian itu berlaku ketika pasangan ini sedang menjual tudung jenama keluarannya sendiri.

Dalam rakaman tu, Aslam kedengaran menggunakan panggilan “kau-aku” semasa berinteraksi dengan isterinya. Namun, Umisya terus menegur dengan nada lembut, membuatkan penonton tersentuh dengan cara dia menasihati suaminya secara terbuka tapi berhemah.

Tak baik cakap macam itu pada isteri. Macam mana kita nak isteri layan dengan lemah lembut, kita sebagai suami kena layan isteri dengan baik. Suami membimbing isteri.- Katanya dengan tenang.

Umisya dipuji netizen…

Ramai yang memuji tindakan Umisya kerana bukan saja berani menegur depan orang, tapi caranya juga penuh adab dan kasih sayang. Netizen menganggap teguran itu menunjukkan didikan yang baik serta nilai rumah tangga yang patut dicontohi.

IKLAN

Ada yang turut komen bahawa situasi spontan itu menggambarkan keakraban pasangan ini yang tetap menjaga batas walau dalam suasana santai.

Dah biasa ‘bertekak manja’…

Umisya

Dalam masa sama, Umisya sempat berseloroh bahawa dia dan Aslam memang dah biasa bertegur sapa begitu sebab mereka saling mengenali sejak zaman sekolah lagi.

Dulu kami satu kelas, dah terbiasa berkawan. Aslam selalu tiru kertas Bahasa Arab saya.- Katanya sambil tergelak kecil.

Pssttt! Dalam rumah tangga, tegur-menegur tu bukan tanda benci tapi tanda sayang. Kalau korang rasa pasangan ada silap, tegurlah dengan cara lembut macam Umisya buat. Kadang cara kita sampaikan lebih penting daripada apa yang kita cakap. Ohmedia sokong pasangan yang saling membimbing dan menghargai satu sama lain!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas