Oh! Artis
Suami Bunga Citra Lestari Dipuji Netizen Lepas Lakukan Perkara Ini
Penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan nama BCL sering menjadi perhatian ramai selepas dirinya mendirikan rumah tangga bersama Tiko Aryawandha.
Terbaru! Menerusi satu hantaran di Instagram, BCL memuat naik satu foto dirinya serta keluarga menziarahi kubur Ashraf Sinclair.

Perkara itu telah menarik perhatian netizen apabila kelihatan Tiko turut sama menemani penyanyi itu menziarahi kubur arwah suaminya.
Kalau korang tengok ruangan komen, tindakan Tiko itu dipuji ramai yang menganggap dirinya sangat baik hati.

Bukan tu jer, ramai juga yang simpati dengan BCL serta anak lelakinya, Noah kerana tahu betapa rindunya mereka terhadap arwah Ashraf.
Untuk info, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada tahun 2020 disebabkan serangan sakit jantung.
Kredit: Instagram BCL
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM