Oh! Artis
Stacy Umum Konsert Solo Di Sabah, Peminat Teruja Sanggup Terbang Dari Semenanjung!
Penyanyi terkenal Stacy Anam baru-baru ini mengejutkan peminat dengan pengumuman konsert solonya yang akan diadakan di Sabah.
Pengumuman tersebut dibuat semasa persembahannya di sebuah acara di SICC, Kota Kinabalu. Video pengumuman itu tular di TikTok, dengan peminat menyatakan sokongan padu mereka.
Stacy umum tarik diri dari konsert Sumandak Stars, sekarang buat kejutan konsert solo!

Terdahulu, Stacy membuat keputusan untuk menarik diri daripada konsert Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.
Menurut pengurusannya, langkah itu diambil atas sebab tertentu. Namun, peminat kini memahami bahawa ia untuk memberi fokus kepada konsert solonya sendiri.
BACA: “Poster Itu Pun Antara Syaratnya” – Stacy Jelaskan Punca Tarik Diri Dari Konsert Sumandak Stars
Peminat semenanjung teruja, sanggup terbang ke Sabah baa…

Menerusi komen di TikTok, peminat dari Semenanjung menyatakan kesediaan untuk terbang ke Sabah demi menyokong konsert solo Stacy.
Ada juga yang berseloroh meminta Stacy menjemput Bella Astillah dan Didi Astillah untuk membuat persembahan pembukaan.
Nak kena kumpul duit ni, sanggup datang Sabah untuk sokong Stacy!.- Tulis seorang peminat.
Stacy wajar ada konsert solo
Netizen turut memuji keputusan Stacy untuk mengadakan konsert solo, memandangkan profil seninya yang kukuh dan banyak lagu hit sepanjang kerjayanya. Mereka yakin Stacy mampu memberikan persembahan yang luar biasa.
#OhmediaNasihat
Keputusan untuk berani tampil solo memerlukan keyakinan dan sokongan. Stacy membuktikan bahawa setiap langkah besar bermula dengan kepercayaan kepada diri sendiri. Semoga konsert ini menjadi inspirasi untuk semua yang bercita-cita besar!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM