Connect with us

Oh! Media

Squid Game Bakal Muncul Musim Kedua?

squid game

Oh! Artis

Squid Game Bakal Muncul Musim Kedua?

Mereka yang menonton Squid Game pasti seronok dengar berita terbaru ini! Ya, pengarah Squid Game, Dong Hyuk telah pun mengesahkan kemunculan musim kedua bagi siri korea yang popular di Netflix ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Lebih Sebulan, ‘Squid Game’ Terus No 1 Di Ranking Global Netflix

Menerusi laman Kosmo, Squid Game ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton dan telah mengungguli carta Netflix di 90 buah negara.

Elemen tekanan, cinta dan permintaan untuk musim kedua

squid game

Drama ini telah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan spekulasi, serta menjadi fenomena di seluruh dunia. Memang ramai penonton yang mahukan sambungan untuk drama yang hangat diperkatakan ini.

Kami akan muncul dengan musim kedua. Begitu banyak elemen tekanan, permintaan dan cinta untuk musim kedua.

Penonton tidak memberikan kami pilihan, sebaliknya untuk muncul dengan musim kedua. Saya mempunyai idea ini sekarang, namun masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana ia akan berlaku. – Dong Hyuk

Ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan pengakhiran drama itu, di mana banyak jalan cerita yang tidak dijelaskan. Ini termasuk pegawai polis dan abangnya yang merupakan The Front Man, watak Gi-Hun dan banyak lagi. Pengarah Dong Hyuk telah mengesahkan bahawa semua persoalan ini bakal terjawab dalam musim kedua.

Tak sabar nak tengok aksi dan permainan yang lebih mengejutkan untuk musim kedua. Mesti lagi banyak debaran yang ada dan membuatkan adrenaline penonton meningkat!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas