Oh! Artis
SPRM Mula Siasat Fashion Valet, Lihat Berlaku Unsur-Unsur Jenayah Atau Tidak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat kerugian besar yang dialami Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam pelaburan Fashion Valet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengarahkan siasatan ini kerana ia melibatkan dana dan kepentingan awam.
Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam. Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak… atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola. – Katanya kepada Astro Awani.

Pelaburan yang dibuat oleh Khazanah dan PNB pada 2018 berjumlah RM47 juta, namun nilai saham dalam syarikat e-dagang ini menurun kepada RM3.1 juta apabila dijual pada 2023.
Walaupun pelaburan ini bertujuan menyokong perniagaan Bumiputera dalam sektor fesyen digital, Fashion Valet dilaporkan mengalami masalah kewangan yang serius ketika pandemik COVID-19.
Vivy Yusof mohon maaf akui kesilapan…
Pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof, bersama suaminya Fadzaruddin Shah Anuar, telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengumumkan keputusan mereka untuk melepaskan jawatan dalam syarikat sebagai bentuk tanggungjawab.
BACA: Vivy Yusof Akui Gagal, Ambil Tanggungjawab Penuh Kerugian RM43.9 Juta Khazanah Dan PNB
#OhmediaNasihat
Setiap pelaburan ada risikonya, tetapi ketelusan dalam pengurusan dana awam sangat penting. Harapnya, siasatan ini memberi jawapan yang adil kepada semua pihak.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysiakini
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM