Oh! Artis
Sophia Albarakbah Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber Dan Gangguan Seksual, Polis Kata Tiada Bukti Kukuh Lagi!
Sophia Albarakbah dakwa dibuli siber dan diganggu seksual. Polis kata belum ada bukti kukuh!
Pada
Sophia Albarakbah dakwa dibuli siber dan diganggu seksual. Polis kata belum ada bukti kukuh!
Oleh
Pelakon jelita, Sophia Albarakbah masih menunggu keadilan selepas mendakwa menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.
Menurut laporan Kosmo, siasatan masih diteruskan namun belum dapat diklasifikasikan di bawah mana-mana seksyen undang-undang kerana Sophia belum menyerahkan bukti kukuh.
Perkara itu telah dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.
Kita masih menunggu bukti-bukti yang dimaksudkan kerana setakat ini beliau hanya menyatakan dakwaan tanpa pembuktian yang jelas. Siasatan akan diteruskan selepas menerima maklumat tambahan.

Semalam, Sophia membuat laporan di Balai Polis Travers selepas mendakwa menjadi mangsa serangan siber dan gangguan seksual, terutamanya selepas memenangi anugerah dalam sebuah acara hiburan baru-baru ini.
Tindakan itu diambil kerana gangguan yang diterima telah memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan kerjaya seni Sophia menurut peguamnya, Aizat Izuan Shakeel.

Sejak Ahad lalu, nama Sophia kembali panas di media sosial selepas momen tegang bersama Bella Astillah di pentas Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, ketika Sophia diumumkan sebagai pemenang trofi Selebriti Feminin Terhangat.
Pssttt! Kecantikan dan populariti tidak menjamin hidup bebas dari fitnah atau gangguan. Simpan bukti dan bertindak bijak supaya keadilan dapat ditegakkan.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Yasin Sulaiman dibenarkan keluar dari Hospital Bahagia selepas menjalani rawatan selama tiga tahun empat bulan.
Penyanyi Joey BPR meninggal dunia akibat serangan doktor. Al-Fatihah.
Alan Razak menegaskan tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan berhubung isu melibatkan bekas anak guamnya, Dewi.
Asmara Abigail puji ayam gepuk Malaysia lebih sedap selain menganggap negara ini sebagai rumah keduanya.
Intan Najuwa teruja mahu kembali berlakon selepas selamat melahirkan anak kedua pada 9 Ogos lalu.
19 September sehingga 4 Oktober 2026
Sukan Asia 2026 telah bermula!