Connect with us

Oh! Media

sofyank

Oh! Artis

Sofyank Teruja Apabila Zach King Ajak Hasilkan Filem Pendek Bersama

Sofyank, anak muda Malaysia yang tidak asing lagi dalam dunia pereka kandungan digital sekali lagi mencuri perhatian apabila personaliti YouTube terkenal, Zach King, menunjukkan minat untuk berkolaborasi dengannya menghasilkan sebuah filem pendek.

Menerusi hantaran di Instagram, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah meluahkan rasa teruja apabila Zach King meninggalkan komen yang memberi harapan besar untuk merealisasikan projek tersebut.

IKLAN
sofyank

Saya nak share satu berita yang sangat gembira bagi diri saya, walaupun ini baru komen sahaja, tapi komen dari @zachking ini dah letakkan satu impian baru untuk saya cuba menjadikannya sebagai satu realiti.

InsyaAllah kalau ada rezeki, saya takkan lepaskan peluang emas ini untuk menghasilkan filem pendek bersama dengan Zachking.

Dalam saya menghasilkan content-content selepas ini, insyaAllah saya akan pegang impian ini dan cuba usahakannya untuk jadikan impian ini sebagai satu realiti.- Kongsi Sofyank.

Bersemangat untuk terus berkarya…

sofyank

Sofyank bertekad untuk terus menghasilkan kandungan yang berkualiti tinggi, sambil berharap sokongan daripada para peminat akan terus mengiringi perjalanannya.

Doakan saya sentiasa bersemangat hasilkan content yang lebih banyak selepas ini dan saya harap korang semua masih terhibur dengan content-content saya.- Ujarnya.

Sofyank dan Zack King sudah pernah hasilkan kolaborasi yang letop sebelum ini…

Ini bukan kali pertama Sofyank bekerjasama dengan Zach King. Sebelum ini, mereka pernah berkolaborasi dalam beberapa projek kreatif.

Malah, Sofyank turut memenangi pertandingan Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Monthanjuran Zach King di Los Angeles.

#OhmediaNasihat

Setiap impian bermula dengan langkah kecil. Sama seperti Sofyank, jangan takut untuk bermimpi besar dan kejar peluang yang ada.

Sentiasa berusaha, kerana sokongan orang sekeliling dan komitmen diri boleh mengubah angan-angan menjadi kenyataan!

sofyank

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Sofyank96


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas