Connect with us

Oh! Media

Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Isu Persembahan Di Majlis KKM

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Isu Persembahan Di Majlis KKM

Hadir ke majlis sempena sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menafikan dakwaan bahawa beliau menerima bayaran untuk membuat persembahan dalam acara tersebut.

Dalam satu hantaran Instagram Story, penyanyi nombor satu negara itu menjelaskan bahawa kehadirannya ke majlis KKM adalah sebagai tetamu, bukan artis yang diundang secara rasmi untuk membuat persembahan.

Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyi kerana mahu hargai warga KKM…

Ohmedia img 4746

Menurut Siti, nyanyian beliau pada malam itu dibuat atas dasar menghargai usaha dan dedikasi warga KKM, bukan kerana dijemput untuk menjayakan acara atau menerima sebarang imbuhan.

IKLAN

Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan. Saya menyanyi kerana saya mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran.

Fitnah dan salah faham harus dihentikan…

Img 4747

Siti turut menzahirkan kekesalan apabila ada pihak yang memanjangkan cerita tidak benar dan menimbulkan persepsi negatif terhadap dirinya melalui laporan media.

Saya tidak mahu lebih ramai memanjangkan fitnah apabila nama saya dipetik dalam berita atas nyanyian saya di majlis semalam.- Katanya.

Beliau juga menyifatkan penjelasan ini penting agar tidak wujud lagi penulisan dan penyebaran maklumat yang tidak sahih yang menggunakan nama dan gambarnya.

Saya rasa penjelasan ini penting supaya anda tidak membuat penulisan, berita dan menyebarkan nama/gambar saya dengan sesuatu yang tidak sahih beritanya.

Img 4744

Pssttt! Kadangkala, niat seseorang hanya untuk menyebarkan kebaikan dan menghargai orang lain, namun disalah tafsir oleh segelintir pihak. Sebelum sebarkan apa-apa berita, pastikan ia sahih dan tidak mengundang fitnah. Hargai keikhlasan dan jangan terburu-buru membuat andaian.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas