Oh! Artis
Hantaran Terbaru Aliff Aziz Curi Perhatian, “Since U Been Gone, I Can Breath For The First Time”
Pelakon Aliff Aziz diketahui mendiamkan diri selepas dikaitkan dengan isu berkhalwat dan tuntutan cerai daripada Bella Astillah.
BACA: Aliff Aziz Didakwa Sengaja Mahu Seksa Mental Bella Astillah?
Terbaru, pelakon berasal dari Singapura ini ada memuat naik foto selfie berlatarbelakangkan lagu nyanyian Kelly Clarkson yang berjudul ‘Since U Been Gone’.

Bapa kepada dua orang anak ini sempat mengenyitkan mata sambil tersenyum manis. Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah pilihan lagu yang dibuatnya.
But since you been gone, I can breathe for the first time.
Maksud lirik lagu berkenaan seolah-olah menzahirkan perasaan lega setelah seseorang itu tiada atau pergi.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM