Connect with us

Oh! Media

“Siapa Nak Panadol Free” – Caprice Akan Jumpa Pakar, Beri Masa 24 Jam Jika Sah Tak Ada HPD

Oh! Artis

“Siapa Nak Panadol Free” – Caprice Akan Jumpa Pakar, Beri Masa 24 Jam Jika Sah Tak Ada HPD

Penyanyi rap, Caprice memberi respon apabila namanya dikaitkan dengan Histrionic Personality Disorder. Menurut Caprice, dia akan berjumpa pakar dengan kadar segera untuk mengesahkan dakwaan ada ciri-ciri gangguan personaliti itu.

ADVERTISEMENT

Jelasnya lagi, jika dia disahkan tak hidap HPD, pegawai perubatan yang membuat dakwaan itu perlu memberikan ubat (panadol) percuma kepada netizen di ruangan komen TikToknya.

Akan jumpa pakar untuk sahkan

Kata penyanyi rap ini lagi, tindakan pegawai perubatan itu diagnos seseorang mempunyai penyakit mental secara terbuka adalah tidak profesional.

Jadi, disebabkan ada netizen yang percaya dia mempunyai masalah itu, dia akan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kalau pakar psikiatri keluar surat yang Caprice tak ada HPD. Hang ada 24 jam untuk bagi semua orang di ruangan komen dekat TikTok free panadol sebab mereka perlukannya.

Caprice mengaku dari umur 18 sehingga sekarang dia ada berjumpa dengan pakar psikiatri kerana menghadapi masalah anxiety dan insomnia (susah tidur). Dia percaya sesiapa mempunyai masalah sama perlu mendapatkan bantuan pakar.

Video tular di TikTok

@xscout84 #question from @Sabri Matsain just pointing out my opinion. #histrionicpersonalitydisorder #HPD #pov #sabahan #insight #rawatminda #question #nasihat ♬ original sound – Sabri Matsain

Terdahulu, tular di TikTok video memaparkan seorang individu dipercayai pegawai perubatan menerangkan mengenai ciri-ciri Histrionic Personality Disorder. Katanya HPD masih dalam kajian namun sifat yang paling ketara ialah keinginan seseorang untuk menjadi perhatian utama.

Kredit: TikTok @xscout84 | Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas