Connect with us

Oh! Media

“Siapa Afifah Ni Sayang?” – PU Riz Kecut Perut Tengok Jelingan Maut Neelofa Lepas Netizen Petik Nama Perempuan Lain

Oh! Artis

“Siapa Afifah Ni Sayang?” – PU Riz Kecut Perut Tengok Jelingan Maut Neelofa Lepas Netizen Petik Nama Perempuan Lain

Pelakon dan pengacara yang juga merupakan seorang usahawan berjaya, Neelofa sering melakukan sesi live streaming di TikTok bagi memperkenalkan serta mempromosikan barangan jualan jenamanya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Untung Pak Ustaz Dapat Isteri Manja” – Netizen Teruja Lihat Neelofa Lentok Atas Peha Haris

Terbaru, Neelofa dan suaminya, PU Haris sekali lagi mendapat perhatian netizen ketika melakukan sesi live mempromosikan inai keluarannya.

@lofa.world dia tengok suami dia tu macam nk terkam dah🤣 #Neelofa #HarisIsmail #HarisNeelofa #FYP #fypシ #InnaiNunHa ♬ original sound – lofa.world

Suasana riuh bertukar seram selepas Neelofa membacakan komen yang ditulis para pengikutnya ketika sesi live tersebut.

Ada orang tanya, Ustaz jangan cari Ustazah Afifah pulak. Siapa Afifah ni sayang?!

Bukan itu sahaja, Neelofa turut membuat andaian bahawa Afifah yang disebut warganet itu merupakan kenalan PU Riz satu ketika dahulu.

Dapat dilihat wajah PU Riz berubah seakan cuak selepas mendengar soalan daripada isterinya itu. Kahkah tahu takut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas