Connect with us

Oh! Media

Shukri Yahaya Tampil Perjelas Isu Lakon Babak ‘Soft P*rn’ Dengan Alya Iman

Shukri Yahaya

Oh! Artis

Shukri Yahaya Tampil Perjelas Isu Lakon Babak ‘Soft P*rn’ Dengan Alya Iman

Sebelum ini tular di media sosial satu potongan babak daripada drama Layang-Layang Perkahwinan lakonan pelakon popular Shukri Yahaya dan Alya Iman melakukan adegan berunsur ‘soft porn’.

ADVERTISEMENT

BACA: “Benda Soft P*rn Tayang Dekat Malaysia?” – Netizen Jijik Tengok Babak ‘Bilik Mandi’ Dua Pelakon Ini

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, Shukri Yahaya mengakui kekhilafan dirinya melakukan perkara itu dan membuat permohonan maaf.

Saya minta maaf sebab apa yang terjadi itu datangnya dari kesilapan saya sendiri.

Babak itu sebenarnya berlangsung pada hari pertama saya mulakan penggambaran dan saya sangat teruja untuk buat babak itu tanpa memikirkan sensitiviti rakyat.

Ia takkan berulang kembali.

Shukri juga mengatakan yang dia hanya melakukan interpretasi sewaktu penggambaran dan tidak suka baca skrip dahulu.

Saya terus terang bahawa saya tak suka baca skrip, dan sejenis yang bila berada di set penggambaran baru buat interpretasi berdasarkan skrip.

Pada awalnya, saya bayangkan babak itu sedikit. Lagipun itu hari pertama shooting dan saya terlampau bersungguh-sungguh untuk jayakan watak.

Saya nak cuba nampak lain sebab sebelum ini saya selalu bawa watak lelaki bodoh-bodoh.

Jadi, saya nak buktikan pada semua orang saya boleh bawa watak ini tetapi percubaan saya itu tidak diterima orang ramai kerana ia agak sensitif. Sekali lagi saya minta maaf.

Semua orang lakukan kesilapan. Diharapkan agar perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas