Connect with us

Oh! Media

Shuk Sahar ‘Tak Duduk Diam’ Berikutan Tular Video Atas Katil

D883e1e2 13fb 499f a314 a6fa9de37473

Oh! Artis

Shuk Sahar ‘Tak Duduk Diam’ Berikutan Tular Video Atas Katil

Tular di media sosial semalam apabila video memaparkan pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dilihat sedang mengambil bahan terlarang dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah bilik hotel.

BACA : Kekasih Gelap Dedah Video Mirip Pelawak Tak Berbaju Atas Katil

Difahamkan video tersebut dikongsi oleh ‘kekasih gelap’ Shuk yang dikenali sebagai Fara di laman Instagram sebelum dipadam beberapa ketika kemudian.

IKLAN
17e6bc90 881f 49f0 a85d 09f3d34b1865

Shuk walau bagaimanapun tampil memberi respon dan menafikan video tersebut adalah video terbaharu dan mendakwa tindakan wanita tersebut sebagai promosi buat dirinya yang kini sudah kehilangan mata pencarian.

Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai Polis lah cerita. Nak buat macam mana..tengah-tengah tiada kerja, tiada duit. Orang pula buka aib.

Syuk yang dilihat memberi reaksi terhadap video itu menerusi hantaran Instagram Storynya turut bersama-sama bersama isteri, Rossalennah Natasyyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera.

Dimaklumkan juga Shuk dan isteri telah mengambil tindakan undang-undang dengan melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis dan bakal membawanya ke muka pengadilan bersama peguam belanya.

Bagi saya, tindakan ini keterlaluan kami terpaksa ambil tindakan. Saya tak nak komen apa-apa biar peguam dan pihak berkuasa yang akan siasat perkara ini –  ujar Sera.

Terdahulu, kekasih lama Shuk Sahar, Fara ada membuat pendedahan di Instagram yang mengatakan pelawak itu pernah merogol wanita dan mengambil bahan terlarang iaitu dadah jenis ‘ice’ tidak lama dahulu.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas