
Oh! Artis
Shuib Bersyukur Dapat Kembali Ke Grand Finale TTMM, Doa Thalita Terus Kuat Walau Belum Sihat
Biar belum sembuh sepenuhnya, Shuib Sepahtu berdoa anaknya terus kuat dan berikan yang terbaik.
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, menarik perhatian ramai selepas berkongsi rasa syukur dapat kembali ke pentas Talk To My Manager (TTMM) untuk Grand Finale.
BACA: Final Talk To My Manager Ditunda, Netizen Luah Rasa Bengang Dakwa Ada Unsur ‘Favouritism’
Dalam hantaran di Instagram, Shuib berterima kasih di atas peluang yang diberikan serta doa daripada semua pihak yang sentiasa menyokongnya.
Tetap semangat walau belum sihat
Dalam perkongsian itu juga, Shuib tidak lupa menitipkan doa buat anaknya, Thalita yang masih belum sihat sepenuhnya agar terus kuat dan dapat berikan yang terbaik.
Semoga Thalita boleh buat yang terbaik walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Kita tawakal, usaha dan doa. InsyaAllah.
Antara yang memberikan kata sokongan termasuk rakan artis yang turut mendoakan kejayaan mereka berdua.
Pssttt! Nampaknya, semangat dan kesungguhan Shuib serta Thalita menjadi inspirasi kepada ramai. Walaupun diuji dengan kesihatan, mereka tetap melangkah ke pentas dengan penuh keyakinan. Semoga usaha dan doa mereka membuahkan hasil terbaik di Grand Finale TTMM nanti!
Kredit: Instagram Shuib Sepahtu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
