Connect with us

Oh! Media

Shuib Bawa Anak Makan Restoran Mewah Tapi Lain Pula Orang Nampak. Bayang Watie Dalam Cermin?

shuib

Oh! Artis

Shuib Bawa Anak Makan Restoran Mewah Tapi Lain Pula Orang Nampak. Bayang Watie Dalam Cermin?

Sejak bergelar bapa tunggal, pelawak Shuib sering dikaitkan dengan beberapa orang wanita yang dilihat sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

ADVERTISEMENT

Antara nama yang sering dikaitkan dengan Shuib adalah seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah yang pernah menjadi tumpuan netizen kerana didakwa sedang bercinta.

Terbaru, nama Watie sekali lagi dikaitkan dengannya selepas Shuib berkongsi satu gambar bersama anak-anak dilihat sedang menjamu selera di restoran mewah, Gordon Ramsay.

Cuba perhatikan pantulan cermin gambar Shuib tu betul-betul. Siapa yang tolong ambilkan gambar tu?

Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila ternampak satu refleksi seakan kelibat Watie dalam cermin di belakang Shuib yang memakai pakaian berwarna hitam.

Malah, di Instagram Watie, dia juga ada berkongsi momen ketika dia sedang menikmati juadah mewah di restoran yang sama seperti Shuib dan anak-anak.

Netizen rata-ratanya begitu pasti Shuib dan Watie makan bersama dan jika betul ada hubungan lebih daripada seorang kawan, netizen meminta Shuib tidak lagi menjadikannya sebagai rahsia.

Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Shuib dan Watie ya.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas