
Oh! Artis
“Shouldn’t Be Tamak Haloba”, Individu Bandingkan Shuhada Dengan Balu Abam Bocey
Oleh
Nama bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Shuhada melonjak naik sekarang ni selepas ditumbuk suaminya sendiri di muka.
Shuhada tak tunggu lama untuk bangkit selepas tampil dengan perniagaan biskut dengan nama ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’.
Mula-mula ramai sokong Shuhada tapi sebaliknya berlaku…
Padal awalnya orang menyokong apa yang diusahakan Shuhada tapi sekarang orang mula mempertikaikan perniagaanya gara-gara harga jualan yang terlalu mahal.
Harga yang dikenakan Shuhada dilihat tidak mampu dibeli oleh golongan B40 dan M40 yang sememangnya menjadi penyokong terbesar.
BACA: Netizen Pertikai Harga Biskut Ala Kayangan, Shuhada Jelas Guna Bahan ‘Premium’

Harap Shuhada tidak tamak…
Malah, seorang individu berpendapat bahawa Shuhada tidak perlu menjadi tamak. Pengikutnya juga tidak perlu menjadi ‘bodoh’ dan ‘menghalalkan’ saja penjualan biskut yang terlalu mahal itu.
Individu itu turut membandingkan kisah hidup Shuhada dengan balu Abam Bocey, Nur Hidayah yang sama namun tidak pula terlalu mengejar populariti dan wang ringgit.
Hidayah tidak jaja kisah peribadi…

Dia juga memuji sikap Hidayah yang tidak menjaja kisah peribadi kepada umum selain menasihati Shuhada agar sentiasa bersama keluarga dan anak-anak. Bukannya mendekati ‘founder’ produk yang sentiasa mencari peluang untuk ‘menunggang’ kisah perceraiannya sebagai pelaris jualan.

Kredit: Twitter
