Connect with us

Oh! Media

Shiha Zikir Ganti Siti Nurhaliza?

5578b2a1 0f3c 4ff0 855d 1def9a6e8a3b

Oh! Artis

Shiha Zikir Ganti Siti Nurhaliza?

Kini berakhir sudah teka-teki apabila Shiha Zikir telah diumumkan secara rasmi akan menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyampaikan lagu 7 nasihat.

Lagu 7 Nasihat adalah salah satu lagu nyanyian Siti Nurhaliza yang akan berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SAMM35), pada Sabtu ini. 

Saya ditawarkan untuk menjadi penyanyi lagu ini di SAMM35 beberapa hari selepas lagu ini diumumkan layak ke pusingan itu. Ini berdasarkan kata sepakat daripada pihak komposer, Universal Music Malaysia dan pihak Siti sendiri. 

Perasaan saya waktu itu bercampur baur. Pada masa sama, saya terkejut juga kerana diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh nama besar. – Katanya.

Shiha juga tidak menafikan bahawa kemampuan Siti tidak akan mampu ditandingi olehnya apabila ditanya mengenai jangkaan peminat.

IKLAN

Saya takkan mampu memuaskan hati semua orang lebih-lebih lagi lagu itu dipopularkan oleh Siti Nurhaliza yang sememangnya tiada tandingan. – Katanya.

Shiha sebelum ini sudah cukup dikenali sebagai penyanyi yang serba boleh dan mampu menyanyikan pelbagai jenis genre lagu.

Shiha juga pernah merakamkan versi ‘cover’ lagu 7 Nasihat dan pernah dijemput oleh Siti untuk nyanyi bersama di sesi nyanyian ’live’ di Instagram Siti.

Untuk lagu 7 nasihat kita dah tahu siapa penggantinya, agak-agaknya siapa pula artis yang akan gantikan Datuk Siti untuk lagu yang lagi satu tu ya?

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas