Oh! Artis
“She Still A Baby, Girl Pulak Tu” – Perkongsian Terbaru Uqasha Senrose Undang Perhatian
Uqasha Senrose merayu agar anak tidak dijadikan ‘peluru’ dalam konflik.
Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram Stories.
BACA: Adik Uqasha Tampil Betulkan Kenyataan Kamal Adli, Dakwa Perjumpaan Memang Dirancang!
Pelakon ini turut menyertakan perbualan dengan peguam menyatakan mengenai hasratnya untuk mengambil barang-barang peribadi di rumah suami.
“Fuhh penat macam ni, kenapa?” – Uqasha
Uqasha mempersoalkan mengapa dia perlu melalui proses sukar semata-mata untuk mengambil barang miliknya sendiri di rumah, seolah-olah perlu membuat janji temu.

Dia turut berkongsi mesej pihak lain yang bertanyakan tentang ‘kelas apa’ yang diikuti anaknya, seolah-olah mempertikaikan urusan tersebut.
Perkara itu membuatkan Uqasha bertanya sama ada benar dia perlu “booking” semata-mata untuk masuk ke rumah sendiri.

Uqasha juga mendakwa telah dihina secara halus sehinggakan dia dilabel sebagai ‘tidak betul’ di mata netizen.
This is too much hina maki caci mengata sampai diri ni dah tak ada muka oleh nurnitijim! Halus sangat cara awak ni.. di mata orang yes, nampak saya macam orang tak betul sebab geram dengan halus nya cara awak ya? Nampak berkias-kias tu.
Namun hantaran paling menyentuh hati ialah apabila Uqasha membuka cerita tentang betapa berat hatinya pada awalnya untuk membenarkan anak perempuan mereka dibawa pihak lain.

Dia turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa anak digunakan sebagai “peluru” dalam konflik yang sedang berlaku.

Luahan ini menunjukkan betapa beratnya tekanan emosi yang sedang ditanggung Uqasha, terutama apabila melibatkan anak kecil yang sepatutnya tidak terheret dalam perbalahan orang dewasa.
Pssttt! Konflik rumah tangga memang tidak mudah, apatah lagi jika melibatkan anak kecil. Harapan kita, apa pun isu yang berlaku, kedua-dua pihak dapat meletakkan kepentingan anak di tempat paling atas dan mencari jalan berdamai tanpa menjadikan si kecil sebagai pertaruhan. Semoga Uqasha diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.
Kredit: Instagram Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM