Connect with us

Oh! Media

sharnaaz ahmad

Oh! Artis

“Makin Menjadi Puak Cel*ka Ni” – Sharnaaz Ahmad ‘Bantai’ Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL

Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru sahaja melabuhkan tirai, namun satu isu hangat mula diperkatakan selepas acara itu berlangsung.

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, meluahkan rasa kurang senangnya terhadap kehadiran lelaki berpakaian seperti wanita di pentas AJL39.

IKLAN

BACA: “Aku Kat Negara Mana Ni?” – Achey Luah Rasa Kecewa Dengan Isu Red Carpet AJL

Menerusi satu hantaran video, Sharnaaz mendakwa golongan ini semakin terbuka menunjukkan diri mereka di acara-acara besar tanpa rasa segan silu.

Apa yang lebih membimbangkan, menurutnya, media elektronik seolah-olah memberi sokongan dengan menyiarkan video mereka di media sosial.

Sharnaaz beri teguran pedas!

Aktor ini berkata lagi, golongan ini seharusnya menghormati undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak bertindak keterlaluan di khalayak ramai.

Aku tak fahamlah, apa dah jadi dekat kita punya media TV, media elektronik? Dulu rambut panjang punya marah sampai kena banned, tak boleh keluar TV. Sekarang ni aku tengok semalam AJL..

Bagi Sharnaaz, perkara ini berlaku kerana keterbukaan pihak penganjur yang menjemput golongan ini ke acara berprestij tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat.

Tak setuju normalisasi lelaki pakai mekap!

sharnaaz

Selain itu, pelakon ini turut menegaskan bahawa lelaki tidak sepatutnya bersolek dan berhias keterlaluan, melainkan untuk acara tertentu seperti majlis pernikahan.

Yang minat Aina Abdul, tak perlu jadi Aina Abdul. Aina Abdul tu memang perempuan, nak pakai bunga ke pokok orkid ke pokok rambutan atau durian belanda sekali pun okay sebab dia perempuan. Yang hang?

Sharnaaz juga berpesan supaya golongan ini tidak terlalu berbangga dengan identiti mereka secara terbuka, lebih-lebih lagi apabila ada segelintir netizen yang menyokong dan mempertahankan tindakan mereka.

Tak usah mempengaruhi orang, budak-budak tengok. Budak-budak akan ikut.

Pelakon ini turut menyeru kerajaan supaya mengambil langkah yang lebih tegas dalam membendung isu ini daripada terus berleluasa di Malaysia.

Mohon kerajaan ambil tindakan tegas

Menurutnya, jika perkara ini dibiarkan, tidak mustahil Malaysia akan menjadi seperti negara-negara maju yang sudah tidak dapat dikawal lagi dalam isu berkaitan moral dan identiti jantina.

Sebagai seorang pemimpin, beliau berpendapat kerajaan harus menggunakan kuasa dan amanah yang telah diberikan bagi memastikan batas dan norma masyarakat dapat terus dijaga dengan baik.

#ApaKataOhmedia

Agak sedih melihat ramai yang mula menonjolkan diri mereka secara terbuka di media sosial. Seperti yang dikatakan Sharnaaz, perkara ini harus dibendung dari awal untuk mengelakkan ianya semakin serius.

sharnaaz ahmad

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Sharnaaz Ahmad


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas