Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad Akhirnya Bersuara Isu Saling ‘Unfollow’ Dengan Amelia Christie Di Media Sosial 

Sharnaaz ahmad amelia christie ohemdia

Oh! Artis

Sharnaaz Ahmad Akhirnya Bersuara Isu Saling ‘Unfollow’ Dengan Amelia Christie Di Media Sosial 

Pelakon, Sharnaaz Ahmad didakwa saling ‘unfollow’ akaun media sosial dengan kekasihnya, Amelia Christie. Biar betul?

Menurut laporan Oh! Bulan, Sharnaaz dikatakan tidak mahu berkongsi berkaitan hal itu dan berkata hubungannya dengan Amelia dalam keadaan yang baik saja.

Kalau yang itu, saya tak nak komen apa-apa. Fokus saya, kerjaya dan anak. Saya dan dia (Amelia) okey sahaja, berhubungan baik.

Saya tak nak cerita apa-apa. Bila jadi apa-apa, macam ini lah, itulah. Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia.

Jadi tak boleh nak cakap putus. Biarlah. Saya pun sudah umur 40 tahun, nak bercerita pasal cinta macam merepek.

Walau bagaimanapun, Sharnaaz juga tidak menolak sekiranya ada rezeki untuk berkahwin lagi buat kali kedua.

IKLAN
Ohmedia sharnaaz Ahmad

Bukan tu jer, pelakon itu juga berkata yang anak lelakinya, Jebat Jayden adalah keutamaannya sekarang ini yang tak lama lagi akan memasuki alam persekolahan.

Biarlah dulu pasal kahwin, lagipun saya pernah berkahwin. Ada ke jodoh selepas ini. Kalau ada rezeki, saya okey.

Kalau takde, pun okey sahaja. Saya pun dah ada anak. Fokus saya cari duit dan keluarga memandangkan Jebat pun nak masuk sekolah.

Apapun, semoga yang baik-baik saja buat Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie. Kalau ada jodoh nanti kahwin lah mereka.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas