Connect with us

Oh! Artis

Shamsul Ghau Ghau Titip Nasihat Buat Fattah Amin Susulan Dugaan Rumah Tangga

Susulan konflik rumah tangga yang melanda pelakon Fattah Amin, pengacara Shamsul Ghau Ghau tampil memberi nasihat kepada aktor tersebut agar terus tabah menghadapi ujian hidup.

Menurut Shamsul, 55, setiap rumah tangga pasti berdepan cabaran dan sebagai ketua keluarga, lelaki harus bijak mengendalikan situasi.

IKLAN

Hidup berumah tangga juga ujian. Tak semua manis, tak semua pahit. Bahtera rumah tangga kadang-kadang kena taufan (ujian).- Katanya menerusi Instastory pada Sabtu.

Shamsul turut menambah, “Nakhoda kena pandai kawal angin dan taufan. Terus kuat Fattah.”

Selain itu, Shamsul mengingatkan bahawa hidup di dunia ini hanyalah tempat ujian dan rehat sebenar bagi mereka yang beriman adalah di akhirat.

Allah dah beritahu, jangan kata kamu beriman sebelum kamu diuji. Hidup ini tempat ujian. Akhirat tempat untuk berehat selama-lamanya.- Ujarnya.

Pada Jumaat, Fazura, isteri kepada Fattah, dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor untuk memfailkan cerai terhadap suaminya. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perkara ini masih belum didedahkan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: –


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas