Connect with us

Oh! Media

Shakilla Khoriri Nafi Dakwaan Bekas Suami, Dedah Fizi Ali Culas Bayar Nafkah

Shakilla khoriri fizi ali ohmedia

Oh! Artis

Shakilla Khoriri Nafi Dakwaan Bekas Suami, Dedah Fizi Ali Culas Bayar Nafkah

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang dakwaan Fizi Ali tentang bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang menghalang dirinya untuk berjumpa dengan anak mereka, Ameena Sofia.

BACA: Fizi Ali Pelik Shakilla Masih Tak Setuju Permohonan Hak Lawatan Anak

Shakilla bagaimanapun tidak berdiam diri dan tampil menepis dakwaan Fizi Ali. Jelasnya, pintu rumahnya sentiasa terbuka luas untuk bekas suamninya itu datang berjumpa dengan Ameena.

IKLAN

Fizi Ali didakwa tidak berikan duit nafkah dan perbelanjaan anak sekolah…

Cukuplah kesalahan dia dan kesalahan saya yang kami masing-masing tahu, jangan libatkan anak. Apabila sudah melibatkan anak, saya memang tidak suka.

Pintu rumah saya terbuka 24 jam untuk dia datang melawat anak. Bila-bila masa nak datang dipersilakan tapi dia langsung tak telefon saya tanya okay atau tidak.

Tidak cukup dengan itu, Shakilla turut mendakwa Fizi Ali tidak memberikan nafkah dan perbelanjaan untuk anaknya itu.

Malah, Ameena masuk sekolah pada tahun ini juga dia tidak bertanya tentang pakaian, uniform sekolah dan sebagainya. Tidak ada pembayaran, tiada nafkah dan perbelanjaan.

Shakilla dalam pada itu turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila ada suara sumbang yang menyifatkan dirinya menghubungi Fizi untuk urusan anak sebagai tidak move on.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas