Connect with us

Oh! Media

Fizi Ali Pelik Shakilla Masih Tak Setuju Permohonan Hak Lawatan Anak

fizi ali ohmedia

Oh! Artis

Fizi Ali Pelik Shakilla Masih Tak Setuju Permohonan Hak Lawatan Anak

Nampaknya, proses sulh di antara Fizi Ali dan Shakilla Khoriri gagal mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak.

Fizi memaklumkan perkara itu selepas permohonannya untuk melawat anak mereka, Ameena Sofia masih tidak mendapat persetujuan bekas isterinya.

Disebabkan itu, Fizi meluahkan rasa hairan dengan Shakilla yang memilih untuk memanjangkan isu hak lawatan yang dimintanya. Ini kerana seorang anak memerlukan kedua-dua orang tuanya walaupun sudah berpisah.

IKLAN

Sudah 2 bulan tak jumpa dengan anak, tempoh paling lama…

Kami cuba berbincang tapi dia tidak bersetuju dengan apa yang saya minta. Jadi, kita akan bawa kes ini untuk dibicarakan di mahkamah.

Saya mahu selesaikan semuanya hari ini sebab saya sudah tak larat dan sangat merindui anak saya,

Sudah dua bulan saya tidak dapat bertemu Ameena. Ini tempoh paling lama saya tak dapat jumpa dengannya.

Fizi bagaimanapun tidak mahu berjumpa dengan anaknya secara diam-diam kerana tidak mahu didakwa sebagai penceroboh dan melanggar undang-undang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas