Connect with us

Oh! Media

“Semua Lesap Macam Tu Ja” – Dafi Dedah ‘Job’ Dibatalkan Lepas Bapa Bukan Lagi PM

dafi ismail sabri

Oh! Artis

“Semua Lesap Macam Tu Ja” – Dafi Dedah ‘Job’ Dibatalkan Lepas Bapa Bukan Lagi PM

Penyanyi dan pelakon, Dafi mendedahkan dia pernah memecahkan tabung bawa syiling ke bank untuk digunakan sebagai belanja sampai hujung bulan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Dakwa Dafi Ismail Sabri Guna Cable Sebagai Anak PM Jadi Askar, Apa Kata Tuan Badan?

Menerusi laporan Harian Metro, Dafi berkata, dia berasa malu untuk meminta-minta duit daripada bapanya kerana sudah cukup besar untuk berdikari.

Dafi dedah tawaran kerja dibatalkan

dafi ismail sabri

Dedah Dafi lagi, sejak bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan lagi Perdana Menteri, dia kehilangan satu per satu tawaran kerja yang pada awalnya sudah dipersetujui.

Tawaran bekerja bukan tiada langsung. Memang ada, tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja.

Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.

Namun, penyanyi ini terima sahaja keputusan itu dan anggap sudah tak ada rezeki. Menafikan rasa sedih, Dafi menjelaskan mungkin ada orang tak faham yang dia tak terbabit dalam urusan politik bapanya.

Tapi contohnya masa ayah ada kuasa, ramai yang datang.

Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja.

Menurutnya, ketika bapanya diumumkan Perdana Menteri, dia menerima banyak mesej dan membalasnya dari jam 5 petang sampai 9 pagi keesokan harinya.

Anak-anak tak dapat keistimewaan pun

dafi

Pemilik nama sebenar Gadaffi enggan dilabel sombong dan mencuba menjaga hubungan baik dengan semua orang. Sampai yang dah lama ‘hilang’ pun tiba-tiba muncul tau!

Ujar Dafi, dia sebagai anak Ismail Sabri tak mendapat sebarang keistimewaan kerana bapanya bukan jenis begitu. Malah, bapanya sendiri bermula daripada bawah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas